Kata orang , sebelum kita nak berjaya dalam sesuatu bidang, kita akan melalui kegagalan dan lepas kegagalan itu maka akan timbullah kemenangan.Di awal langkah pertama saya ingin menjadi seorang jurugambar bebas yang tidak mempunyai asas dan kemahiran dalam bidang fotografi membuatkan saya berani mengambil risiko, dan saya bersyukur kerana pelanggan pertama saya adalah adik saya sendiri dan saya tidak mengenakan bayaran kepadanya.Cuba lihat hasil kerja saya, begitu banyak kekurangan dan kesalahan dalam rukun fotografi, senang cerita hasil kerja saya sesuai kelaut.Mulai saat itu saya bertekad untuk belajar dan mencabar diri saya bahawa aku akan menjadi jurugambar yang terbaik dan berintegriti.




No comments:
Post a Comment