Perakman Arts dan juga Rizz Shuttergraphy adalah jenama yang dicipta berpaksikan bidang seni kreatif dalam aktiviti fotografi dan digital.
Perakman Arts dan Rizz Shuttergraphy berpengalaman luas dalam bidang fotografi selama tempoh 5 tahun dan mahir dalam penggunaan kamera digital single lens reflect dan fungsinya serta settingnya.
Kami juga mahir dalam bidang pengeditan gambar mentah lalu diproses menjadi gambar yang lebih berkualiti dan lebih baik.
Kami dicipta dan ditubuhkan untuk membantu pasangan-pasangan pengantin yang mengimpikan detik indah mereka di abadikan di dalam bentuk potret tetapi tidak mampu dari segi kewangan dan oleh itu kami terpanggil untuk membantu mereka dengan menawarkan jenis-jenis pakej yang murah dan berpatutan.
Alhamdulillah hasil usaha kami , maka kami telah mampu membantu lebih daripada 20 pasangan pengantin yang kurang berkemampuan dengan memberi khidmat dan servis yang terbaik dan kami bercita-cita untuk membantu pasangan-pasangan yang lain untuk mendapat khidmat jurugambar di majlis perkahwinan mereka nanti.
Walaupun penat seharian dengan keuntungan yang diperolehi sedikit sahaja, namun kami bersyukur dan berpuas hati kerana dapat membantu mereka yang memerlukan, dan bila ditanya adakah kami cukup dengan apa yang diperolehi walaupun nilai yang kecil, lantas kami berkata : "Biarlah Allah membalasnya dan apa yang penting bagi kami, pelanggan kami gembira menyambut majlis perkahwinan mereka dengan gembira dan kegembiraan mereka itu adalah hadiah dan nilai yang begitu bermakna buat kami kerana kami berjaya membuatkan hari itu hari indah buat mereka."
https://www.facebook.com/perakmanarts
No comments:
Post a Comment