Saturday, 19 November 2016

Apa itu asas dalam fotografi


Tanpa asas dalam fotografi, gambar hanya sekadar cantik dan terang tetapi tiada nilai.Jadi inilah cabaran terbesar buat jurugambar untuk mengaplikasikan asas fotografi di dalam gambar yang ditangkap.Disini cabaran buat kami jurugambar kerana menggunakan setting manual pada kamera kami dan menghasilkan gambar berdasarkan asas-asas tersebut.Disini pengalaman dan kelajuan seorang jurugambar sangat penting demi menghasilkan gambar yang berkualiti.Setting akan berubah mengikut cuaca dan tempat.Jadi bila difikir mengapa harga pakej jurugambar menjadi mahal, disini saya telah menerangkan faktornya dan bukan mudah untuk menjadi seorang jurugambar yang memahami selok belok dan menguasai setting manual.Ia memang nampak mudah jika menggunakan setting auto dan program tetapi hasilnya tetap ke laut kerana untuk menghasilkan gambar yang berkualiti kena menggunakan setting manual agar setiap talaan kita itu menjadi kunci hasil kerja kita.

No comments:

Post a Comment